Pindahhhhhhhhhh :'(

Assalamualaikum ,

Hamizah,Suri,puteri,Nadhirah,Haida,Zizi,Tasya,Fatin,Asyikin,Alia,Wawa, dan lain lain. Thanks sangat sangat sebab ambil berat untuk chaa selama ini. Banyak sangat kenangan dengan korang semua. Korang semua amat bermakna bagi chaa. Alahai, janganlah terlintas dekat fikiran korang tu yang chaa ni akan lupakan korang. TAK AKAN ! faham tak .

Chaa pun memang amat amat amat sedih sekarang ni. Nak ikutkan hati chaa memang tak nak pindah tapi mama chaa yang tiba tiba datang sekolah terus cakap pertukaran sekolah dalam proses. Chaa pun terkejut sangat sangat tahu tak. Tak boleh nak cakap mcm mana perasaan masa tuuu :’( benda yang pertama terlintas dalam kepala ialah kawan kawan chaa semua ni. Kawan kawan yang selama 3tahun bertahan dengan chaa!

Chaa pun sedih sangat tahu tak ? korang boleh paham tak perasaan chaa sekarang ni ? hanya Allah sahaja yang boleh paham perasaan chaa sekarang . sedih yang teramat sangat sangat. Chaa tak sanggup nak berpisah dengan korang semua. Tak rela nak tinggalkan kenangan kita semua.

Kalau tak ada korang semua chaa tak akan rasa seberat ni nak pindah sekolah. Kalau korang tak ada chaa tak akan bersedih sampai macam ni sekali.kalau korang tak saying akan chaa , chaa tak akan rasa perasaan sebersalah nak tinggalkan korang, Bukan korang je yang sedih. Chaa lagi sedih . lepas ni korang smua masih boleh bersama, tapi chaa ? apa nasib chaa dekat sekolah baru ? apa chaa akan dapat ke kawan sehebat korang? Chaa tak mungkin lupakan korang .

Chaa sayang korang semua sangat sangat. Chaa tanak kehilangan korang . berat sngt hati ni nak pindah . setiap seorang ada kenangan dengan chaa. Susah ouuuuuuu mcm ni. Amy ? kau ingat tak beberapa hari yang lepas kau cakap “Bila kita semua dah habis SPM nanti jomlah ramai ramai pergi jalan-jalan” aku tak lupa amy. Kata kata kau tu bawa 1000 maksud bagi aku. Lagi lagi time macam ni. Aku sentiasa tanam dalam hati aku nak tunaikan hajat kau tu.
Siapa nak teman aku nanti ? siapa nak gaduh dengan aku nanti ? siapa nak nak jadi aku punya “siberkick” nanti ? korang tahu tak korang semua bagi chaa macam adik beradik. Hilang sorang semua jatuh ! chaa tak dapat nak tunaikan permintaan korang. Chaa tak dapat nak bersama dengan korang sampai tahun depan. Kalau boleh chaa nak sara hidup sendiri asalkan chaa tak pindah sekolah dan dapat sekolah sama sama dengan korang !

Suka duka gembira sedih kita selalu bersama. Gaduh besar dunia pun kita tetap bersama! Setiap hari chaa fikirkan semua ni . janganlah mengeluh hilang chaa yang sorang. korang ingat senang ke chaa nak lalui semua ni? Susah tahuuuu! Spe nak teman chaa nanti ? spe yang nak layan kerenah chaa nanti ? boleh ke budak sekolah baru terima chaa seadanya macam korang terima chaa ? boleh ke dorang sabar dengan perangai chaa macam korang bersabar dengan chaa ? boleh ke dorang menangis sekali dengan chaa time chaa sedih macam yang korang lakukan ?

Tak pernah rasa sedih sebab kawan. Dari dulu sampai sekarang chaa baru tahu makna KAWAN :’D Put ? kau orang yang paling berat aku nak tinggalkan. Even kau Blurr mana punnn aku tetap sayang kan kau! Rahsia kau aku simpan sampai kita sekolah sama sama lagi nanti ok ? doakan kita berasrama sama sama nanti. :’)

Sebenarnya aku masih tak boleh lupakan dosa aku pada korang. Aku rasa aku nak bunuh diri bila ingat semua tu. Aku sebersalah sangat sangat! Kenapa aku buat macam tu ? tak tahu la kenapa. Aku tak tahu nak macam mana bagi rasa serbasalah ni hilang. Aku tahu yang lain tu masih tak boleh terima aku macam dulu lagi sebab peristiwa tu. Kadang kadang aku ketepikan rasa tu sebab aku tahu korang semua iklas nak kawan dengan aku :’)

Biarlah chaa sorang tangung semua ni. Janganlah nangis sebab chaa! Kalau korang nangis chaa lagi sedih. Korang macam pelengkan hidup chaa tahu tak. Kalau tak jumpa korang sehari chaa mesti rasa ada sesuatu yang chaa terlupa.
Bila berada dengan korang masalah chaa dengan keluarga atau masalah yang lain lain akan secara tiba tiba hilang sementara. Gelak tawa korang. Senyum tangisan korang chaa tak akan lupa. Setiap sorang chaa akan ingat. Bila chaa jauh nanti jangan pernah putus rindukan chaa k ? jangan pernah putus doakan yang terbaik untuk chaa . Dan yang paling penting jangan pernah lupakan chaa :’)

Rasa nak bawa korang semua sekali datang serdang ni! Rasa nak peluk korang kuat2 selama lamanya! Amy and suri korang macam kakak aku. Korang sentiasa betulkan kesilapan aku. Korang sentiasa ingatkan aku . korang selalu ada dengan aku ! macam macam kita bertiga dah buatkan ? SCAF ? ingat tak. Huhhh, fifie ? aku tak lupakan kau. Walau sekejep tapi bermakna. Maafkan aku sebab sakitkan hati kau dulu. Kalau boleh nak pusing masa balik dan betulkan . time kita berempat lah gaduh paling gempak tahu tak. Semua tengok macam konsert WWE je -.-‘

Bersama dengan korang saat yang paling berharga bagi aku :’) jangan risau la. Chaa tak akan pernah lupakan  korang. Even kita beraya pun bersama sama kan ? Raya tahun ni kita sekali tau ? jangan lupa call aku nanti k !Alhamdulilah Allah bagi aku korang semua. Bak kata amy “makin menanjing la (DIA) bila chaa dah takada” hahaha. Bila korang nak sound dia nanti jangan lupa jemput chaa dulu tau. Sebab banyak benda chaa nak dia tahu! :’) Ada program apa apa kalau sudi jemputlah chaa. InsyaAllah kalau boleh chaa datang :’) untuk korang semua boleh. Aku harap tahun 2012 ni aku dapat tebus dosa aku dengan korang semua.


 SEMUA TERMASUK YANG PERNAH AKU SINDIR, PERLI , DAN SEANKATAN DENGANNYA :’D
AKU SAYANG KORANG SEMUA SEPENUH HATI AKU :’) JANGAN LUPAKAN AKU ,WALAU APA PUN YANG TERJADI AKU TAK AKAN LUPAKAN KORANG SEMUA ! MAAFKAN AKU SEBAB TERPAKSA TINGGALKAN KORANG SEMUA, WALAUPUN AKU TAK ADA DIMATA AKU SENTIASA ADA DEKAT HATI KORANG . SALAM :)